Adi masih lagi termenung di tangga rumahnya sambil bertemankan bunyi-bunyi cengkerit serta sinaran bulan yang amat terang. Adi masih lagi teringatkan kejadian petang tadi dimana dia merasakan perubahan dalam hidupnya bakal berlaku bermula pada hari ini berlandaskan peristiwa petang tadi.
“maaf awak saya tak sengaja nak langgar awak, saya betul-betul tak nampak tadi” adi seolah merasa bersalah apabila dia tidak sengaja melanggar seorang wanita.
“awak letak mana mata awak tadi, awak tau tak saya nak cepat ni, lagipun bungkusan nie perlu segera dihantar kalau tak habislah saya” lagipun awak tengok sekarang semuanya dah rosak! Apa saya nak jawab dengan bos saya nanti.” Balas wanita yang dilanggarnya dengan perasaan yang marah kepada adi.
“Saya betul-betul mintak maaf awak lagipun salah awak jugak kenapa awak tak menjerit ke? Bagi tau yang awak ada dibelakang saya”kalau tak saya tak langgar basikal awak ni." Kata adi seolah-olah cuba menyalahkan wanita tersebut
“saya pulak yang disalahkan” kalau ya pun awak tengok lah jugak cermin sisi awak tu dulu bila nak undur kereta awak ni kebelakang? Jangan main undur je! Nasib baik saya tak cedera apa-apa kalau tak awak dah kena saman gan saya dah 6 juta." Balas wanita tersebut dalam keadaan yang sangat marah seolah-olah ingin je menumbuk muka adi.
"Eh jangan lah macam tu awak! Lagipun saya dah mintak maaf kan, macam ni lah, saya akan tanggung semua kos barang awak yang rosak ni termasuk basikal awak sekali boleh." sampok adi.
"Boleh tu boleh awak tapi barang nie berharga awak saya perlu segera hantar pada alamatnya hari ni jugak kalau tak bos saya akan marah dan mungkin saya akan diberhentikan kerja".
Begitulah dimana adi berjuvmpa seorang wanita yang membuatkan dirinya selalu mengingatkan wanita tersebut dan kejadian petang tadi betul-betul tidak dapat adi lupakan. Adi merupakan seorang pemuda kampung yang hidup sewaktu kencilnya sangatlah miskin. Dia hanya tinggal dirumah tinggalan ayahnya yang meninggal dunia semenjak adi berusia 3 tahun lagi. Semenjak itu adi tinggal bersama ibunya dan dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Berbekalkan semangat ibu dan arwah ayahnya adi akhirnya Berjaya dalam kehidupanya serta merupakan CEO sebuah syarikat ternama di ibu kota.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan