Sila Klik Bagi menyokong Kempen Ini..

Selasa, 1 Februari 2011

Rusuhan di Mesir

Selepas Tunisia dunia dikejutkan semula dengan rusuhan besar-besaran di Mesir di mana rakyatnya tidak berpuas hati dengan pihak kerajaan dan meminta agar pihak kerajaan agar berundur. Rusuhan bukan sahaja mengakibatkan pertumpahan darah dan kematian malah berlakunya pelbagai jenayah yang dilakukan oleh mereka-mereka yang mengambil kesempatan terhadap rusuhan ini seperti mencuri. Selain itu, terdapat juga banduan-banduan yang berjaya meloloskan diri daripada penjara yang sememangnya membahayakan  penduduk setempat malah warga asing yang tinggal di mesir.

Bagaimana dengan rakyat Malaysia??? melalui media-media arus perdana mengatakan seolah-olah perkara ini tidak begitu serius yang mengancam rakyat Malaysia akan tetapi jika dibaca dan melihat akhbar-akhbar luar negara serta steyen television luar negara seolah perkara ini perlu di pandang serius oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan keselamatan rakya Malaysia yang tinggal di sana terutamnaya mereka yang masih menuntut.

Pesan: Kalau lihat kalau ada bencana alam or ape-ape perkara musibah yang berlaku di Negara luar Malaysia begitu mengambil berat dan kebanyakan adalah Negara pertama yang memberi bantuan kepada Negara luar... di harap kerajaan tidak menutup sebelah mata tentang perkara ini...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan