Sila Klik Bagi menyokong Kempen Ini..

Rabu, 18 Ogos 2010

Kes buang bayi

Sampai bila kita nak meliahat perkara ini berlarutan

Kalau kita perasan antara isu penting yang dihebahkan pada tahun ini berkaitan kes pembuangan bayi yang seperti tiada kesudahanya. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja laporan daripada media massa atau media cetak kes pembunagan bayi. Walaupun ada bayi yang dijumpai hidup dan masih bernafas namun ada juga bayi yang dijumpai sudah tidak bernyawa serta ada juga janin yang dibuang tanpa peri kemanusiaan langsung mungkin janin itu akibat daripada proses pengguguran.

Terdapat banyak punca gejala sosial ini berterusan sehingga tiada kesudahanya. Antaranya yang utama adalah perasaan malu dikalangan ibu bapa bayi tidak berdosa itu sendiri yang merupakan anak luar nikah. ibu bapa bayi tersebut malu dengan masyarakat, malu dengan keluarga, malu dengan kawan-kawan, tetapi dia tidak malu dengan agama dan Allah S.W.T. Tidakah terbit keinsafan dan kasihan kepada anak darah dagingnya sendiri.

Mungkin faktor keluarga(ibu bapa, abang ,kakak) yang malu terhadap ahli keluarganya yang melahirkan anak tanpa ikatan perkawinan yang sah turut menjadi dalang bersubahat untuk membuang bayi kerana malu kepada masyarakat. Sepatutnya keluargalah menjadi tulang belakang dalam memberi semangat dan menolong ahli keluarganya yang lalai dalam kehidupan segingga telanjur. Tapi realitinya ibu bapa sendiri yang menyuruh anaknya yang melahirkan anak luar nikah itu untuk membuangnya atau menggugurkanya bagi yang belum lagi dilahirkan.

Baru-baru ini, kedegaran berbagai- bagai cara-cara untuk mengatasi masalah ini yang turut disokong oleh masyarakat dan juga turut dikecam. Antaranya cadangan untuk mengawalkan usia perkawinan remaja serta penubuhan sekolah khas untuk remaja yang mengandung anak luar nikah serta memperbanyakan lagi rumah-rumah perlindungan untuk remaja-remaja yang mengandung anak di luar nikah. Bagi AS sendiri, AS tidak berapa setuju dengan cadangan ini walaupun ianya baik untuk bayi-bayi yang bakal dilahirkan agar terbela dan mendapat apa yang sepatutnya. Namun ianya seolah-olah menggalakan lagi gejala mengandung luar nikah dan pembuangan bayi ini. Ianya seperti memudahkan remaja untuk tidak takut melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh kerana pada anggapan mereka nanti mereka akan memperolehi perlindungan dan akan dibela jiga mengandung anak luar nikah kelak.

Kerajaan turut mengubah akta sedia ada berkaitan kes buang bayi tidak lagi disiasat megikut seksyen 31 akta kanak-kanat sebaliknya disiasat mengikut seksyen 302 (gantung sampai mati dengan niat menbunuh) dan 304(penjara 25 tahun tanpa niat membunuh). AS sangatlah bersetuju dengan kerajaan yang meminda akta ini agar ianya menjadi satu akta yang boleh menurunkan kes gejala pembuangan bayi serta menakutkan ibu bapa yang mungkin berniat untuk membuang bayi mereka.

Agaknya sampai bila kita nak melihat perkara ini berlaku dan berlarutan, sampai bila kita hanya mampu melihat sahaja, sampai bila kita hanya mampun kasihan sahaja, apakah tindakan yang kita lakukan, apa yang sepatutnya kita bertidak, sampai bila kita nak memerhatikan perkara ini berterusan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan